nak berkongsi ilmu sedikit :)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yang lain." (Riwayat Ibn Majah)
Kepada para remaja , untungnya kita kerana masih belajar . Kelebihan penuntut Ilmu itu banyak sebenarnya . Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orang lain , maka ia akan menjadi sedekah paling baik . Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih menuntut ilmu ?
ADA CARANYA :
jom kita berkongsi ilmu , kawam-kawan |
2) Ceritakan kepada ibu atau ayah apa yang dipelajari
3) Membantu adik-adik menelaah dan menyiapkan kerja sekolah.
4) Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran
sedekah la banyak-banyak . ada banyak cara nak sedekaha . senang je :) |
Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja di janjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang. Makanya suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang besedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati) ia akan berkata seperti yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini:
.Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh," (Surah Al-Munafiqun ayat 10)
No comments:
Post a Comment