Assalamualaikum w.b.t
Dengan rasa syukur dan rendah hatinya,saya berbesar hati untuk berkongsi rasa dan ilmu yang sedikit ini dengan anda semua. Dan harapnya,benda yang ingin saya berkongsi ini dapat memberi manfaat kepada kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan,inshaa Allah..
firman Allah:
Barangsiapa membesarkan syiar Allah sesungguhnya ia daripada hati yanfg bertakwa. (AlHaj :32)
Adakah kita ini terlalu muda untuk menegakkan syiar Allah atau dalam erti kata lainnya 'berdakwah' ? Oh tidak wahai saudara dan saudariku, sesungguhnya kerja 'berdakwah' ini tidak pernah mengenal usia. Selagi kita mampu untuk berpesan kepada diri kita dan saudara kita tentang amar makruf nahi mungkar itu sudah dikira baik sangat. Bukankah lebih indah dalam hubungan seseorang kawan itu dipenuhi dengan kata-kata nasihat dan hikmah yang mendorong kita untuk melakukan kebaikan?
Tapi sayang,ramai diantara saudara kita sekarang mengambil sikap tidak tahu tentang persoalan ini. Ada yang mengatakan tidak cukup waktu,malu untuk menyuruh melakukan kebaikan dan macam-macam lagi.. Sebagai manusia,Allah dah menetapkan bahawasanya kita semua mempunyai 24 jam dalam menguruskan masa.Kalau diikutkan 24 jam itu mesti terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 8 jam untuk beribadah kepada Allah,8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk berehat. Saya mengaku itu agak susah untuk dilakukan dan mungkin bagi mereka yang asing akan lebih terkejut dengan beribadah untuk jangka masa 8 jam itu. Dan perlulah kita ketahui,Islam itu indah dan mudah. Setiap perbuatan yang kita lakukan itu semuanya adalah ibadah. Dengan syarat,niat hanya untuk Allah.Inshaa Allah semua perkara yang anda lakukan itu akan disusuli dengan pahala daripada Allah. Amalkan memulakan sesuatu pekerjaan itu dengan Bismillahirrahmanirrahim dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
"dan jadilah abid pada waktu malam dan menjadi singa pada siangnya"
Luangkanlah masa kita untuk merintih dan memohon pertolongan Allah. Nescaya Allah mendengar segala rintihan hati kecil kita kerna sesungguhnya Allah maha mendengar. Sebagai bonus dan tambahan,hati kita akan tenteram.
Firman Allah :
"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang"
(Ar-Raad:28)
Zikir juga salah satu 'indicator' untuk mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Tidak kisahlah kita mahu bertahmid,bertasbih ataupun bertakbir kepadaNya yang penting tanggungjawab sebagai seorang hamba untuk selalu mengingati Tuhannya terlaksana.
"zikir is to the heart as water is to a fish; see what what happens to a fish when it it is taken out of water"
Islam memang mudah tapi janganlah kita pernah ambil mudah kepadanya. Dan Islam itu adalah nikmat paling besar untuk disyukuri.
Sebelum kita berpisah,saya ingin memanjatkan kesyukuran setinggi-tingginya kepada Allah kerna dikurniakan nikmat dan kekuatan untuk mencari sesuatu daripadaNYa yang selama ini saya tinggalkan. Moga kita selalu dalam limpahan kasih sayangNya dan dikurniakan maghfirah keatas dosa-dosa yang kita sedang atau telah lakukan selama ini. Inshaa Allah.
Khas untuk saudara dan saudari saya diluar sana,La Tahzan Allah selalu bersama kita :
I asked Allah for strength and Alah gave me difficulties to make me strong,
I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve,
I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome,
I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help,
I asked Allah for favours and Allah gave me opportunities.
Maybe i received nothing what i wanted,but i received everything i needed.
Assalamualaikum :)
(pahlawan yang penyayang)
412Y
Wednesday, 26 December 2012
Friday, 21 December 2012
Ketenangan Jiwa
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah we have reached another blessed day of Friday. How was your jumah? Share a gem that you learned this week whether from the jumah khutbah or elsewhere so that others can benefit and you can also share in the reward, in'sha'Allah!
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!
hafiz hamidun-astagfirullah
p/s:one of his video , its a theraphy
7 Kunci menuju ketenangan hati :
1. Jangan tergantung pada orang lain. Tergantunglah pada Tuhanmu.
2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghinamu. (berpikirlah positif)
3. Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu.
4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam dan kebencian.
5. Jangan menyimpan rasa dengki, cemburu dan iri hati.
6. Jangan membiasakan sikap terburu buru. Maka dari itu manage-lah waktumu.
7. Jangan khawatir akan hari esok. Tuhan menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.
Tuesday, 18 December 2012
Solat Itu Tiang Agama
Assalamualaikum :)
Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakala, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan.
Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat. (Jom mantapkan memahami makna setiap bacaan dalam solat ^_^)
Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui. Supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.
Marilah kita sama-sama bayang dan khayalkan, jika sesebuah rumah itu tidak mempunyai tiang, bagaimanakah kedudukan atap,lantai, dinding, kuda-kuda, rasuk dan sebagainya, tentulah semuanya itu berada dan terletak di atas tanah dalam keadaan berasingan, maka situasi seperti itu tentulah tidak dinamakan sebuah rumah dan biasanya keadaan demikian akan dikenali atas nama masing-masing walaupun terletak dan terkumpul di satu tempat, sekiranya ianya atap akan dikenali sebagai atap, rasuk akan dikenali sebagai kayu rasuk dan seumpamanya, tegasnya tidak sempurna sebagai sebuah rumah.
Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin, kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Hadis sahih Muslim)
Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting sekali dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu di samping menunaikan rukun Islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun Islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.
Sebahagian daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solat itu sebagai ibadat untuk perseorangan sahaja, namun sebenarnya ada beberapa hikmah dari segi kemasyarakatan yang terjalin dengan cara berhimpun (berjemaah didalam masjid-masjid dan surau-surau). Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk mempereratkan silaturrahim dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan Allah SWT.
Begitu juga Allah SWT mewajibkan ke atas mereka supaya melakukan solat jemaah sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT, dapat juga mereka berkenal-kenalan di antara satu sama lain, disamping mendengar panduan dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan oleh khatib demi kebajikan bersama dalam usaha mencapai keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat.” (Hadis Riwayat Al-Bahari)
Solat dalam kehidupan seseorang muslim bagaikan alat penggerak atau pemangkin kepada kecemerlangan ummah dan ianya juga merupakan tiang kepada agama kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermakdus, “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)
Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah SWT (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”
Kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, antaranya:
Pertama - Sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat Islam yang terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian yang cemerlang didunia dan akhirat.
Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Ketiga - Solat itu dapat membantu kita sama ada dalam keadaan senang atau pun susah. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.
Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.
Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.
Dengan ini jelaslah kepada kita, bahawa mereka yang tidak mengerjakan ibadat solat, maka sudah pasti selama-lamanya mereka dalam keadaan berdosa besar kerana hidup dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan Islam, tetapi tidak terbuka hati untuk beramal ibadat dan menerima ajaran Islam. Oleh itu, bagi mereka yang tidak melakukan solat, sudah pasti mereka tidak dapat mengenal Allah SWT, maka selama itulah pula dia tidak akan pernah mengenal dirinya sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik? Seorang yang jujur, seorang yang amanah atau pun dirinya adalah jahat dan penipu? Seorang yang pendengki, pengkhianat, suka melakukan maksiat dan lain-lain lagi. Itulah sifat dan kelakuan orang yang tidak mengenal Allah SWT hasil daripada tindakannya tidak melakukan solat.
Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa rukun Islam yang kedua ialah solat lima waktu sehari semalam. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bahari bahawa seorang lelaki telah bertemu Rasulullah SAW lalu ia berkata, “Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga.” Maka Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda, “Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada Allah SWT, jangan menyengutukannya dengan sesuatu pun, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa di bulan ramadhan.” Lalu orang itu berkata: “Demi allah yang berkuasa keatas diriku, aku tidak akan menambah atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku.” Setelah orang itu beredar, Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki itu.”
Marilah sama-sama kita menilai semula solat fardhu yang telah kita kerjakan, kerana solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ketika Rasulullah SAW dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja membersihkan dosa, bahkan solat juga mampu mengubah peribadi manusia jika dia mengerjakannya dengan baik dan sempurna. Insya Allah, solat juga merupakan penawar kepada umat Islam demi mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.
Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, murahkanlah amal rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain lagi supaya dengan demikian, kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
geng tidak solat- ustaz azhar idrus
5 Keistimewaan Melakukan Solat :
-diangkat kesempitan hidup di dunia.
-terhindar dari azab kubur
-akan memperolehi buku amalan dari tangan kanan
-melalui titian sirat dengan sepantas kilat
-memasuki syurga tanpa di hisab
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
•Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
•Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
•Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
•Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
•Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
•Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
•Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
•Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
•Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
•Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
•Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
•Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
sekian terima kasih :)
PILLARS OF ISLAM
ASSALAMUALAIKUM, :)
1) Uttering two sentences Creed
We declare that we worship Allah and Muhammad is His Messenger. One moment we can not duplicate God. If it happens then our faith vain. EVERY MOMENT!
2) Prayer 5 Hours A Day Yesterday
The second pillar of Islam is obligatory prayers a day five days. Night and day on schedule. Through worship we remember God, pray to him and renew faith in accordance with the schedule. Five times a day. EVERY DAY!
3) Fasting in the Month of Ramadan
Fasting in Ramadan is the third pillar of Islam. This is the head of the month. In this month the Qur'an was revealed. Many great events happening in the month of Ramadan Muslims. The big question is embedded in the hearts of the obligatory fast is to do only one month a year. Only ONE MONTH and year!
4) Zakah for the Affordable
If enough terms and conditions such as haul and nisab, then this fourth pillar of Islam which must be carried out. Although many types of charity but each must be paid only once a year. Only ONCE A YEAR!
5) Hajj for the Affordable
Finally, performing the pilgrimage to the needy. It must be carried out once in a lifetime. Above all, the hajj as if the height of the pillars of Islam that is quite unusual aroma charge to every man who believes in the existence of God. ONCE IN YOUR LIFE!
Beautiful sequence. From every second, every day, a month in a year, once a year, and finally only once in a lifetime. Come to think of it describes the sequence of our life as a Muslim who started from reciting the Kalima and its peak is the obligatory pilgrimage is done only once in a lifetime.
I honestly have just been able to detect the greatness and wisdom of God Pillars of Islam. For this but just to know only direct but have never thought deeply Pillars of Islam that too often treated as a condition of being a true Muslim
Beautiful
'Beautiful Inside' is not about rights or wrongs. It is about you and I and the universal experience of being human. It is an attempt not to pass judgment, but instead, to listen and to understand what is really happening in people’s lives. Because when we go beneath what seem obvious, we’ll most probably find something surprising, something beautiful, something lovable, and something that just may remind us of ourselves. And through this, we hope that people will be able to see the beauty that lies in everyone, starting with yourself (yes, we’re saying you’re beautiful)
:)
The Olympics and Ramadhan: How do Muslim Atheletes do it ?
Assalamualaikum ,
Islam is showing Olympian-style flexibility when it comes to the holy fasting month of Ramadan and London's Summer Games.
During Ramadan, Muslims are called to fast from food and drink during daylight hours, "no easy task at a latitude where summer daylight hours are between 4 a.m. and 9 p.m.," noted NBC.
More from GlobalPost: Judo bronze medalist punches 'drunken' fan who threw bottle near Usain Bolt
Physical contact between the sexes is also limited, which explains why a video showing a surprise kiss being bestowed on a Muslim reporter at the games immediately went viral.
Smooching aside, the fact that the two events have coincided for the first time in 32 years has lead to much discussion. But it is worth noting that major Muslim leaders have for the most part refrained from issuing a sweeping directive on the matter.
True, Muslim leaders in Bahrain and Egypt made a point of saying their athletes are not compelled to fast -- citing a Koranic provision for those who are traveling, sick or pregnant -- but they still left it up to a personal choice.
Authorities in strict Saudi Arabia, where even non-Muslims are expected to respect the fast (or risk being expelled), have also been noticeably quiet.
That leaves the estimated 3,000 Muslim athletes and officials taking part in the London Games doing their own private soul-searching on the matter.
Some have chosen to observe the 18-hour fast, like Milad Agila, head of the Libyan weightlifting team. "My breakfast will be after 15 minutes, about 9 o'clock at night," Agila told China Radio International. "The last meal is about 3:50."
Others, like Indonesian weightlifter and bronze medalist Irawan Eko Yuli, plan to postpone it a month, according to CRI. Many of the Saudi athletes are also observing the fast a month later, reported the Associated Press.
Then there are those opting out entirely, have appealed to various interpretations of the Koran or fatwas -- such as the 2010 directive issued by the German Central Council of Muslims for Muslim professional footballers, reported Middle East Online.
But for Muslim athletes, since Islam lacks a central authority, to fast or not to fast "is a matter of personal choice," Dr. Muhammed Abdul Bari, former head of Muslim Council of Britain, told NBC, adding, "for example I believe that [British rower] Mohamed Sbihi has agreed to feed 60 poor people in [his father’s homeland of] Morocco for every day he does not fast during Ramadan."
The fast this year is an Olympian-style challenge for all Muslims because the fast dates, which rotate on a lunar calendar, have come in the summer, when daylight hours are longer.
"You know what that means?" Salman Farsi, the media officer for the East London Mosque, asked The New York Times.
"That means eventually, it will probably coincide with the Winter Olympics, too.”
Muslim athletes, are you ready for round two?
i'm ready :) p/s :this news is from the global issues :) |
Monday, 17 December 2012
Sedekah Paling Baik
Assalamualaikum ,
nak berkongsi ilmu sedikit :)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yang lain." (Riwayat Ibn Majah)
Kepada para remaja , untungnya kita kerana masih belajar . Kelebihan penuntut Ilmu itu banyak sebenarnya . Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orang lain , maka ia akan menjadi sedekah paling baik . Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih menuntut ilmu ?
ADA CARANYA :
1) Tahu satu ilmu , sampaikan satu ilmu . Kemudian cari lagi.
2) Ceritakan kepada ibu atau ayah apa yang dipelajari
3) Membantu adik-adik menelaah dan menyiapkan kerja sekolah.
4) Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran
Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja di janjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang. Makanya suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang besedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati) ia akan berkata seperti yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini:
nak berkongsi ilmu sedikit :)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yang lain." (Riwayat Ibn Majah)
Kepada para remaja , untungnya kita kerana masih belajar . Kelebihan penuntut Ilmu itu banyak sebenarnya . Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orang lain , maka ia akan menjadi sedekah paling baik . Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih menuntut ilmu ?
ADA CARANYA :
jom kita berkongsi ilmu , kawam-kawan |
2) Ceritakan kepada ibu atau ayah apa yang dipelajari
3) Membantu adik-adik menelaah dan menyiapkan kerja sekolah.
4) Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran
sedekah la banyak-banyak . ada banyak cara nak sedekaha . senang je :) |
Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja di janjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang. Makanya suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang besedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati) ia akan berkata seperti yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini:
.Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh," (Surah Al-Munafiqun ayat 10)
bermusafir ikut sunnah rasulullah
Sebelum bermusafir, just nak berkongsi sedikit ilmu tentang sunnah Rasulullah ketika bermusafir. Thanks to TV Al-Hijrah, banyak menayang dan menerangkan tentang sunnah Rasul kepada penonton.
Jadi, sebagai perkongsian mengenai adab bermusafir mengikut sunnah. Buat manfaat kita bersama insyaAllah.
1. Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan tujuan, bukan main keluar je tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yg ingin dicapai.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan:
Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)
2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan.
“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)
3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat. Tapi saya dah terancang hari Jumaat plak. Patutnya hari Khamis, tapi tak jadi.uhu.
“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
4. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Macam Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi kayu sugi, celak, sikat, minyak wangi, cermin dan ape tah lagi, tak ingat.
5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.
"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)
6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang. Kalau siangkan banyak kenderaan. Dan moga kita dijaga Allah.
“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.
9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. Macam naik kapal terbang pun macam tu jugak.
Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji dsb sebagai hiburan ketika dalam perjalanan supaya tidak tension. Rasulullah suka perjalanan yg menenangkan.
11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.
12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul.
13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita since doa orang yg bermusafir lebih mustajab.
"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)
Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:
“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya.
-------------------------------------------------
sekian terima kasih , assalamualaikum :)
Jadi, sebagai perkongsian mengenai adab bermusafir mengikut sunnah. Buat manfaat kita bersama insyaAllah.
1. Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan tujuan, bukan main keluar je tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yg ingin dicapai.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan:
Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)
2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan.
“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)
3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat. Tapi saya dah terancang hari Jumaat plak. Patutnya hari Khamis, tapi tak jadi.uhu.
“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
4. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Macam Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi kayu sugi, celak, sikat, minyak wangi, cermin dan ape tah lagi, tak ingat.
5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.
"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)
6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang. Kalau siangkan banyak kenderaan. Dan moga kita dijaga Allah.
“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.
9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. Macam naik kapal terbang pun macam tu jugak.
Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji dsb sebagai hiburan ketika dalam perjalanan supaya tidak tension. Rasulullah suka perjalanan yg menenangkan.
11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.
12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul.
13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita since doa orang yg bermusafir lebih mustajab.
"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)
Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:
“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya.
-------------------------------------------------
sekian terima kasih , assalamualaikum :)
Manusia boleh berubah dalam sekelip mata
Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.
Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah
Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah
Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah
Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah
Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah
Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah
Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah
Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.
17 Mac 2012
6C318 DPP Sime Darby
Universiti Utara Malaysia
A Reminder !
Dari Usamah bin Zaid r.a., dia berkata "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Pada hari kiamat nanti, seorang lelaki dilemparkan ke dlm neraka lalu seluruh isi perutnya keluar, kemudian ia berputar membawa isi perutnya itu seperti seekor keldai memutari penggiling.
Lalu, penghuni neraka mengerumuninya dan bertanya, Hai fulan, kenapa kamu disiksa seperti ini, bukankah kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?
Dia menjawab, benar, aku dahulu menyeru kepada kebaikan tetapi aku tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran tetapi aku tidak menjalankannya"."
(Hadith Riwayat Muslim, 5305)
Subscribe to:
Posts (Atom)